Jam 7 kami sudah berada di lobi. Hari ini kami akan menziarahi beberapa tempat menarik. Para jemaah juga diingatkan untuk membawa pakaian ihram. Selesai ziarah, kami akan memasang niat umrah dan ihram di perkampungan jikronah. Tempat miqat kedua kami selepas bir ali.
Gua thur menjadi destinasi pertama kami. Di gua inilah, rasulullah saw dan sahabatnya abu bakar as siddiq menyembunyikan diri dari ditemui oleh orang orang abu jahal yang berniat untuk membunuhnya. Di sini, rasulullah berkata kepada abu bakar, kita bukan berdua di gua ini. Allah bersama sama dengan kita. Allah mengutuskan labah labah dan burung merpati untuk membantu nabi. Subhanallah..aku perhatikan gua itu. Sangat tinggi. Minda mula membayangkan rasulullah memanjat mendaki gua itu.
Kemudian, kami ke arafat dan menziarah jabal rahmah. Tempat di mana nabi adam ditemukan semla dengan isternya, hawa setelah 250 tahun terpisah. Adam diturunkan ke india, hawa di jeddah. Dan mereka disatukan semula di arafat. Aku teringat carta organisasi nabi dan rasul di nstp. Adam setinggi 60 hasta semasa diturunkan di bumi. Kalau kaabah setinggi 7 hasta, bayangkan tingginya nabi adam waktu itu (betulkan kalau aku tersilap fakta).
Di jabal rahmah ini, ada beberapa jemaah tretipu dengan sindiket unta yang disediakan. Alhamdulillah, Allah melindungi kami. Kami tidak berminat untuk menaiki unta atau sebagainya. Kami lebih teruja untuk mendaki bukit rahmah.
Kemudian kami dibawa melihat tempat wukuf sewaktu musim haji, tempat melontar dan mina. Tapi tak turun. Hanya lihat melalui bas. Hati mula mengatakan, aku ingin menunaikan haji. Aku ingin berwukuf di sini, melontar di sini. Ya, sewaktu berwukuf, Allah akan ampunkan dosa dosa kita. Doa doa kita akan diangkat ke langit. Aku dapat membayangkan nikmat berwukuf itu. Ya allah, jemputlah aku lagi ke sini ya allah. Aku ingin mengerjakan haji di usia muda.
Kami terus ke perkampungan jikronah untuk menyalin pakaian ihram dan berniat umrah di sini. Hati dirundung kerisauan. Waktu zohor semakin menghampiri. Sempatkah kami ke masjidilharam? Kalau sempat, dapatkah kami ke dalam? Mata mula membayangkan kesesakan para jemaah di dalam masjid itu. Rabbi yassir wala tuassir.
Seperti yang dijangka, azan berkumandangn sewaktu kami tiba di hotel. Jarak waktu antara azan dan iqamat adalah lebih kurang 20minit. Insyaallah...insyaallah Allah akan tolong. Hati berkata penuh yakin sambil mulut tidak henti henti berdoa.
Dalam perjalanan menuju ke masjid, aku dapat lihat ramai jemaah bersesak di pintu masjid. Kami menaiki tangga ke tingkat atas. Sesak. Pergerakan sangat perlahan. Ya allah, aku nak solat kat dalam ya allah. Jangan biarkan aku solat di luar ya allah. Iqamat berkumandang. Jemaah bergegas mencari saf. Aku menyelit nyelit yang mana boleh. Alhamdulillah, aku dan suami masih mendapat tempat yang baik di dalam masjid. Doaku diperkenankan. Seboleh mungkin aku mengelak untuk solat d pekarangan masjid, di luar atau di tepi tangga masjid. Aku mahukan tempat yang lebih baik.
Slesai zohor dan makan tengah hari, kami memulakan umrah sunat kami jam 2petang. Tawaf berjalan lancar. Selepas solat sunat tawaf di belakang makam ibrahim, aku katakan pada suami untuk cuba ke hijir ismail. Kami masuk semula ke dalam kumpulan tawaf dan menuju ke hijir ismail. Mulut tidak henti henti membaca rabbi yassir wala tuassir. Alhamdulillah, kami dapat melepasinya dan dapat masuk ke dalam hijir ismail walaupun bersesak sesak. Aku mula mencari ruang untuj solat sunat 2rakaat. Menangis. Betapa nikmat perasaan itu. Sungguh nikmat pengalaman itu. Bersolat dan berdoa di hijir ismail. Subhanaalah. Terima kasih Allah.
Saie antara safa dan marwah juga lancar. Hati kian seronok dan gembira melakukan ibadat ini. Umrah kami selesai jam 330 petang.
No comments:
Post a Comment