Jam 4pagi, aku dan suami ke masjid dan lakukan solat solat sunat yang kebiasaannya sementara menunggu waktu subuh. Hari ni ada ziarah luar. Antaranya kami akan ke masjid quba, bukit uhud, pasar tamar dan kilang percetakan al quran.
Di masjid quba, rombongan kami antara yang terawal. Sangat selesa solat di situ. Solat 2rakaat di masjid quba sama pahalanya dengan menunaikan satu umrah. Selain tahiyatul masjid, aku sempat solat dhuha dan solat hajat di situ. Alhamdulillah Allah memudahkan kami kerana sejurus selepas itu, masjid quba didatangi dengan ribuan jemaah dari rombongan lain.
Di bukit uhud, aku cuba mengimbas sejarah di situ. Berpandukan penerangan daripada mutawif, pak abu dan cerita nabi yang aku tengok dari vcd naufal di rumah. Aku membayangkan bagaimana perang uhud itu berlaku. Di situlah seramai 70-80 umat islam mati syahid di situ kerana mempertahankan Islam. Semoga roh para shuhada ini sejahtera di sana dan Allah menjanjikan balasan syurga untuk mereka.
Di pasar tamar, aku membeli serba sedikit kurma kurma dari madinah ini sebagai ole ole di Malaysia. Sekilo kurma ajwa dan 4kilo kurma kurma lain. Takpela, sikit sama dirasa. Insyaallah cukup untuk dorang nanti.
Di kilang percetakan al quran pula, hanya lelaki yang dibenarkan masuk. Jemaah wanita hanya menunggu di perkarangan. Aku berniat untuk mewakafkan 2 alquran di masji nabi. Fisabilillah. Moga niat ini dapat membantu aku di alam kubur nanti. InsyaAllah. Selebihnya aku beli 2 alquran masing masing untuk mak dan mak mertua. Moga alquran yang dihadiahkan ini dapat dimanfaatkan dan digunakan turun menurun hingga aku dan suami tiada nanti. Amin..
Selesai zohor di masjid nabawi, suami membawa aku ziarah dalam yang aku tak join semalam. Suami tunjukkan pintu babusalam yang menuju ke makam nabi. Suami juga tunjukkan di mana letaknya perkuburan baqi, tempat perkuburan saudara mara dan sahabat handai nabi. Antaranya isteri nabi, siti khadjah dan sahabatnya uthman bin affan.
Kemudian, aku mengambil peluang yang ada untuk menangkap gamba sebanyak mungkin suasana2 di masjid nabawi dan suasana persekitarannya. Lepas ni entah bila aku akan berpeluang lagi.
Lepas asar, ustaz sapawi adakan sedikit tazkirah. Alhamdulillah, kami belajar bagaimana untuk solat jenazah. Ustaz nasihatkan peluang yang ada ini digunakan sebab kita tak pernah nak solat jenazah di malaysia.
Lepas magrib dan isyak, terasa badan ini sungguh lemah. Au demam dan selsema teruk. Ya allah, jika sakit dan demam ini kau berikan pada aku dan suami sebagai ujian darimu, aku redha. Jika sakit dan demam ini dapat menghapuskan dosa dosa kecil kami, kami redha ya allah..berilah kami kekuatan untuk menempuh hari esok ya allah. Mudahkan urusan kami ya allah. Walau dalam apa jua keadaan, ko bantulah aku dan suami supaya kami dapat sola berjemaah di masjidmu ya allah. Mudahkan umrah kami esok ya allah. Mudahkan kami menjaga 13pantang larang semasa dalam ihram ya allah. Mudahkan tawaf kami ya allah. Mudahkan saie kami ya allah..
Aku tertido selepas makan ubat. Malam yang sepatutnya aku dengar taklimat berkaitan umrah esok. Tapi aku memilih untuk merehatkan badan kerana aku yakin suami boleh menerangkan pada aku nanti.
No comments:
Post a Comment