SEPANJANG Ramadhan, aku iftar di rumah mak. Malam tu, tak ingat bila tarikhnya, suami menghulurkan iklan umrah dan ziarah. Iklan dipandang sepi. Perasaan kosong. Suami bersungguh. Aku? "takpela, abang pergilah. Nanti master macam mana?" jawapan bodoh aku. Seminggu selepas itu, hati mula terbuka untuk bersama suami lepas di'basuh' oleh rakan rakan sekerja. Hanya dengan RM4400? selebihnya ditanggung syarikat suami. Menurut seorang sahabat, Allah dah mudahkan peringkat pertama. Kenapa perlu ditolak? Alhamdulillah, masih ada ruang kosong untuk didaftarkan nama. Tapi hati masih tidak percaya. Betul ke? Ah, ada rezeki adalah. Takda nak buat macam mana, kata hati.
Dua minggu selepas itu, suami perdengarkan kabar berita yang terlalu ramai kakitangan syarikat mendaftarkan nama. Suami cakap, ada rezeki kita, adalah. Sebab khabarnya pekerja yang dah berumur dan akan pencen akan didahulukan.
Masa terus berlalu...
Disember. Suami hulur sepucuk surat yang cukup untuk buat aku tersenyum. Ya, aku dan suami diluluskan untuk ke umrah dan ziarah ini. Tapi kenapa suami tak gembira? "mana nak cari duit?" kata suami. Suami tiba tiba berubah perasaan dan mula main tarik tarik tali untuk tolak peluang mengerjakan umrah ini. Hati sedih. Dulu beriya, kali ni macam ni pulak. Setan mana dah hasut dia ni? Lepas dinasihat mak, alhamdulillah, hasrat diteruskan. Misi mengumpul duit terus dilakukan. Sejumlah RM8800 perlu dibayar segera.
No comments:
Post a Comment