Alhamdulillah, tidurku sangat lena. Kami ke masjid nabi jam 3pagi selepas packing. Kami diarah untuk meletakkan beg di luar bilik sebelum subuh. Pagi ini aku berjaya buat tahajud, solat hajat 3kali dan witir sebagai penutup malam. Selesai subuh, aku dan suami singgah di pintu luar babu salam menuju makam nabi, untuk ziarah wada. Air mata mengalir laju. Ya Allah, jangan jadikan ziarah aku ke madinah ini yang terakhir. Ya Rasulullah, aku akan ke mekah untuk menunaikan umrah. InsyaAllah, jika diizin Allah, aku akan datang menziarahimu lagi. Kali ini deras. Airmata mengalir deras. Sangat sukar dinyatakan perasaan ini.
Selepas makan pagi, alhamdulillah. Allah memakbulkan doa hambanya ini. Malam tadi aku memang berhajat untuk ke raudhah. Namun, kerisauan suami berhubung masa membuatkan aku membatalkan hasrat itu. Namun, Allah Maha Mengetahui segala isi hati sanubari. Melalui salah seorang staf nstp, aku dipelawa untuk join mereka ke raudhah jam 7pagi. Istimewanya kali ini ustazah juga bersama kami. Alhamduliallah. Sudah tentu pelawaan itu tidak ditolak. Aku bergegas ke bilik hotel untuk mengambil wuduk.
Tiba di pintu masuk masjid yang menjadi kebiasaan jemaah wanita melaluinya, dari situ aku dapat melihat jemaah wanita berlari lari menuju ke pintu 2, pintu menuju raudhah bagi wanita. Kami hanya mengikut arus. Alhamdulillah, kami dapat ke raudhah. Tapi kali ini, dugaannya sangat hebat berbanding yang pertama. Jemaah sangat ramai. Aku jumpa ruang kecil untuk bersolat. Tapi rukuk dan sujud yang tidak begitu sempurna. Walau bagaimanapun, kesesakan dan kesempitan itu membuatkan aku boleh berdoa lebih lama di raudhah berbanding sebelumnya. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Terima kasih Allah kerana memberikan aku pengalaman yang sangat nikmat di masjid nabawi ini.
Balik hotel, suami dah ada di bilik. Dia pun sempat ke Raudhah. Syukur, Allah betul betul menjadikan kami tetamu istimewanya. Akibat kepenatan, kami tertidur sehingga jam 11pagi. Kami solat jamak takdim di masjid. Perasaan sangat sebak. Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi aku akan meninggalkan Madinah al munawarrah.
Usai solat, kami bersiap memakai pakaian ihram. Suami kelihatan berbeza. Hati ini seperti tidak percaya. Kami akan ke mekah al mukarramah, kami akan ke baitullah, rumah ibadat pertama. Kami akan ke rumah Allah.
Labbaikaallahummalabbaik....ya allah, aku datang mrnghadapmu, aku datang semata mata keranamu ya allah...ampuni aku ya allah...perasaan bercampur baur ketika ini. Takut, gembira..sukar untuk digambarkan.
Kami tiba di kota mekah jam 10malam. Mata meliar mencari masjidilharam. Kami selamat tiba di hotel di zamzam tower yang terletak di shoping kompleks abraj al bait tepat jam 11malam. MasyaAllah, sangat mewah hotel ini. Terus hati ini beroa, ya Allah, terima kasih atas nikmat ini. Terima kasih atas layanan istimewa ini. Aku pohon padamu ya allah, wala dalam keadaan apa sekalipun, jangan kau biarkan aku dan suami berehat lama dan bersolat di bilikini ya allah. Tolongla kami ya allah. Kami di sini hanya 6hari sahaja ya allah. Kau gerakkan kaki ini untuk sentiasa ke masjidmu ya allah. Bantulah kami ya allah..
Rasulullah SAW sendiri pernah menyebutkan keistimewaan Masjidil Haram ini seperti sabda Beliau " Solat di Masjidku ini (Masjid Nabawi) adalah 1000 kali lebih utama daripada solat di masjid selainnya, kecuali Masjidil Haram. Kerana solat di Masjidil Haram ialah lebih utama 100,000 kali ganda daripada solat di masjid lain"
Solat di haram adalah bersamaan dengan solat di tempat lain selama 55 tahun 6 bulan 22 hari. Dalam suatu riwayat disebutkan bahwa Allah SWT akan menurunkan 120 rahmat selama 24 jam terus-menerus. Sebanyak 60 rahmat akan diberikan kepada mereka yang sedang melaksanakan tawaf, 40 rahmat akan diberikan kepada mereka yang solat dan 20 rahmat akan diberikan kepada mereka yang memandang Kaabah dengan niat beriktikaf.
Tepat jam 1pagi, kami memulakan umrah wajib kami. Umrah pertama kami. Umrah yang akan diketuai oleh mutawif kami, pak abu. Di saat kaki ini menjejakkan kaki di perkarangan masjid, disaat mata ini melihat masjidilharam untuk kali pertama, aku sempat sms mak di malaysia untuk berkongsi perasaan. Aku sebak. Aku benar benar tak percaya yang sekarang aku berdiri di hadapan masjid ini. Maha suci allah, sungguh cantik masjidmu ini.
Ketika kaki berada di dalam masjid, mataku liar mencari kaabatullah. Ya Allah, ya allah, ya allah...seperti ingin terduduk. Aku takuttak dapat nampak kaabah. Cerita cerita di mastika banyak memperngaruhi minda. Syukur, syukur alhamdulillah....Air mata bergenang di saat mutawif membaca doa memasuki masjid.
Tawaf bermula. Mutawif membaca doa tawaf dan jemaah lain hanya mengikut. Aku tak menangis. Pelik. Tapi semasa tawaf, mata inimencuri curi untuk melihat kaabahtullah. Kenapa aku tak menangis? Mungkin sebab aku tak faham doa arabyang dibacakan mutawif. Sepanjag tawaf, aku hanya menyebut subhanaaallah, allahuakbar sahaja.
Selesai. Selepas solat sunat tawaf di belakang makam nabi ibrahim, kami menuju ke safa untuk melakukan saie. Di sini, aku nekad untuk membaca doa mengikut buku panduan. Aku taknak ikut mutawif. Di sini air mata mengalir tanpa henti di setiap saie marwah-safa. Doa yang dibacakan sungguh terkesan di jiwa. Ya allah, ampuni aku ya allah, terimalah aku ya allah, aku kembali padamu ya allah...sungguh nikmat perasaan ketika saie waktu itu. Keadaan sesak tapi tawaf dan saie kami berjalan lancar. Tidak seperti yang disangkakan. Allah memudahkan umrah pertama kami.alhamdulillah.
Semasa saie, aku dapat lihat jemaah jemaah tua gigih untuk melakukan saie sendiri, walaupun bongkok, walaupun terdingkit dingkit. Waktu ini aku berdoa syukur pada Allah kerana menjemput akuke rumahnya di usia muda. Disini juga aku berdoa supaya dapat membawa orang tua aku ke sini dalam keadaan sihat, bukan bertongkat dan berkerusi roda. Moga Allah perkenankan hasrat suci aku ini. Amin.
Kami selesai bergunting dan bertahalul tepat jam 3pagi. Aku dan suami memilih untuk terus stay di masjid sehingga subuh. Waktu subuh adalah pukul 5pagi. Khuatir sekiranya masjid penuh menjadi faktor utama kami terus stay di masjid.
Allah beri aku peluang untuk solat subuh mengadap kaabatullah, di belakang makam ibrahim, mengadap multazam. Sewaktu mencari saf, seorang jemaah berbangsa arab memanggil aku untuk duduk di sebelahnya. Syukur. Aku rasa disayangi allah. Hari pertama di rumahnya, aku dilayan baik. Aku terus solat tahajud, solat hajat, witir , membaca yaasin dan berselawat sebanyak 80kali ke atas rasululullah. Sekiranya kita berselawat sebanyak 80kali pada hari jumaat, insyaallah, Allah ampunkan dosa dosa kita. Ayat ayat di buku terbayang diruang mata.
Sewaktu aku gigih berselawat untuk mencukupkan 80kali, satu momen menarik berlaku. Tangan aku dipenuhi kacang kacang. Jemaah sebelah aku yang kasik. Kedengaran seperti tiada apa. Tapi bagi aku, allah menjamu aku dengan kacang kacang itu di hari pertama aku di rumahnya. Terima kasih allah atas pengalaman ini. Selesai subuh, aku berpeluang dengan izin Allah untuk melakukan solat jenazah sebanyak 2kali. Iya, solat jenazah yang tak pernah kita buat di malaysia, terutama wanita. Sebelum ke mekah, aku berdoa untuk melakukan semua solat solat yang tak pernah aku buat, termasuklah solat jenazah. Alhamdulillah, berkat ajaran ustaz sapawi sewaktu dimadinah, aku nekad untuk solat jenazah sebanyakmungkin. Walaupun ianya sekadar fardu kifayah.
Dan tengah hari nanti, aku tekad untuk melakukan solat jumaat.
No comments:
Post a Comment