Thursday, May 26, 2011

Shopping

Malam ini kami diberi kebebasan untuk 'melontar'. Di sana, melontar bermaksud shopping. Di madinah, hati aku tertutup rapat walaupun sekadar window shopping. Adakah kerana ketidaksihatan aku? Atau benar Allah memakbulkan doaku? Di malaysia, aku sentiasa mohon padanya supaya ditutupkan pintu hati aku dan suami untuk bershopping. Dan apa yang dipinta itulah aku dapat di madinah. Tiada perasaan langsung untuk bershopping. Sungguh, memang pelik. Sangat banyak barangan dijual di luar kawasan masjidil nabawi, tapi sikit pun tidak menarik perhatianku.

Lalu, di mekah aku berdoa semula supaya dibukakan pintu hati untuk bershopping. Namun, aku minta supaya tidak boros dan berpada pada dalam berbelanja. Jadi, malam ini selepas isyak aku bercadang untuk memulakan pencarian ole ole untuk sanak saudara di Malaysia. Kami tak servey, berkenan terus ambil.

Selesai membeli serba sedikit, sewaktu pulang ke hotel kami terserempak dengan kumpulan kecil nstp yang ingin membuat umrah kedua mereka. Hati sedikit terkilan kerana tidak mengetahui perancangan mereka. Takpela, Allah lebih mengetahui. Mesti ada hikmah kami tak join mereka malam ni. Mesti ada sebab Allah tak izinkan kami join mereka dan izinkan kami bershopping. 

No comments:

Post a Comment