Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, selepas berminggu-minggu tertangguh, projek 'Travelblog Seruan Kaabah' milik isteri ku ini akhirnya berjaya juga dipindah naik ke internet. Agak sukar untuk aku membahagikan masa bagi merealisasikan projek ini berikutan sibuk dengan kerja wajib aku di sebuah syarikat penerbitan akhbar. Tambahan pula, bukan senang untuk memerah otak bagi mendapatkan nama yang istimewa dan unik untuk projek travelblog ini. Atas desakan isteri tercinta dan rasa kasih dan sayang aku padanya, ku tunaikan janji ku sungguhpun travelblog ini masih belum sempurna sepenuhnya. Kini, berkat usaha dan doa kami berdua, lahirlah Travelblog bertajuk 'Seruan Kaabah'.
Buat pengunjung sekalian, terimalah dari kami, moga Allah memberkati usaha isteri ku ini.
Assalamualaikum.
Suami... Jumaat, 20 Mei 2011
No comments:
Post a Comment