SELEPAS melalui pemeriksaan kastam di Jeddah, mengambil masa sekitar 2 jam, kami bergerak ke Madinah menaiki bas. Perjalanan selama 8jam itu cukup meletihkan. Kami mengantuk. Ditambah dugaan terpaksa menukar bas lain gara2 bas yang sepatutnya mengambil kami di airport tidak dibenarkan memasuki perkarangan airport. Takperla, dugaan sikit je dari Allah.
830 pagi waktu Madinah. Alhamdulillah, sampai juga ke destinasi. Dari dalam bas, mata aku mencari cari masjid Nabawi. Nun, tersergam indah. Dan alhamdulillah, hotel kami menginap, Holiday Villa cukup dekat dengan masjid nabi itu. Hidangan pagi telah tersedia. Pihak sekretariat memberikan ruang bebas untuk para jemaah. Samada mau ke masjid ataupun berehat di kamar. Aku dan suami memilih untuk terus ke masjid selepas makan dan membersihkan diri.
Walaupun mengantuk dan penat, aku selalu minta padaNya supaya aku dan suami banyak habiskan masa di masjid. Kami cuba elakkan untuk rehat lama di bilik hotel. Waktu 9 hari yang singkat itu sebolehnya mau dmanfaatkan sebaik mungkin.
Di masjid Nabawi, aku terpegun. Cantik. Tenang. Aku seperti di awang awangan. Betulkah aku di masjid nabi sekarang ni?
Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." Hadis Al-Bukhari
Dari Anas bin Malik Radhiallahu Anhu, Rasulullah Sallallhu 'alaihi Wasallam bersabda " Sesiapa sembahyang di masjidku 40 sembahyang ( dengan syarat ) ia tidak ketinggalan dalam satu sembahyang ( waktu ) pun, nescaya akan ditulis baginya kelepasan dari api neraka, dan kelepasan dari azab siksa dan (ia juga akan bersih ) dari sifat munafik."
Tapi, aku cuma di madinah hanya 3 hari 2 malam.takperla, sekurang kurangnya aku dapat menjejakkan kaki ke masjid nabi ini.
Di perkarangan masjid, aku berpisah dengan suami. Kami berjanji untuk jumpa di suatu kawasan jam 11am nanti. Di dalam masjid, suasana tenang. Tak ramai orang. Aku mencari tempat sesuai. Solat tahiyatul masjid, dhuha dan solat hajat. Tapi hati ini seperti tidak keruan. Mencari cari di manakah raudhah dan makam nabi? Ya Allah, ampunkan aku. Sepatutnya aku fokus dulu dalam solat. Ampunkan aku ya Allah. Dalam hati, tak putus putus berdoa meminta pertolongan allah supaya ditunjukkan aku di mana raudhah, yang lokasinya antara mimbar nabi dan kamar nabi. Tempat yang mustajab untu berdoa. Tapi hampa, mulut ini juga seakan terkunci untuk bertanya jemaah lain di mana raudhah. Takperla, malam nanti sekretariat akan adakan ziarah dalam. Salah satunya ialah raudhah. Insyaallah, malam nanti boleh lawat raudhah, pujuk hati.
Jam 11, jumpa suami seperti yang dijanjikan. Dari jauh, suam berlari lari anak, tersenyum gembira. Seperti yang telah aku duga, mesti berkaitan raudhah. Alhamdulillah, rezeki suami dapat bersolat dan membaca yasin serta berdoa di Raudhah tanpa gangguan. Hati kecil gembira walaupun ada terselit rasa cemburu. Insyaallah, malam nanti aku akan dapat peluang aku. Yakin dengan Allah!
Usai zohor, jam 2 kami ke bukit magnet. Kelewatan tiba di hotel menyebabkan kami tidak dapat solat berjemaah asar di masjid nabawi. Ada sedikit kekesalandi hati. Jadinya kami hanya solat sendirian di masjid. Dalam hati tak putus putus berdoa dan merintih supaya diberi ruang dan peluang untuk solat dan berdoa di raudhah.
Lps asar, kembali ke hotel hanya untuk mengambil wuduk. Kemudian kami kembali semula ke masjid untuk solat magrib dan isyak. Sekarang ni hati aku keliru. 1. Sekretariat telah aturkan ziarah dalam termasuk raudhah jam 10malam selepas isyak.2. Atau aku masuk sendiri ke raudhah sbb tempat solat aku sekarang ni betul betul menghadap babu 2 iaitu pintu yang akan dibuka untuk jemaah wanita ke raudhah. Dan pintu itu akan dibuka jam 9malam nanti.
Nekad. Aku akan bertarung sendirian. Insyaallah insyaallah...rabbi yassir wala tuassir..
Lepas magrib, terasa ingin membuang hajat. Masa ada lagi sejam sebelum masuk waktu isyak. Aku keluar. Ya allah, sesaknya. Penuhnya manusia nak keluar dr masjid ni. Mulut tak henti berdoa minta dipermudahkan. Tiba tba badan aku disentap dan dipegang kuat oleh seorang mak arab. Bila aku toleh ke belakang, dia tak senyum pun. Tapi tangannya kekal di bahu aku. Aku toleh untuk kali ke dua. Rupanya kaki dia sakit. Aku pegang tangannya di bahuku sebagai isyarat yang aku akan membantunya keluar dari masjid itu. Sampai di perkarangan pintu, mak arab itu memeluk dan mencium aku sebagai tanda terima kasih. Alhamdulillah, Allah beri peluang tolong org lan dalam masjid. Dalam tandas, alhamdulillah, mudah semua pergerakan aku. Baik ke bilik air mahupun semasa mengambil wuduk. Mungkin berkat menolong orang tua tadi, fikirku. Terima kasih Allah. Masuk semula dalam masjid, aku mencari tempat asalku. Di depan pintu 2! Jumpa.
Sementara menunggu isyak, aku berkenalan dengan seorang lagi orang arab. Aku katakan padanya yang aku nak ikut dia masuk raudhah. Mereka gelak sambil berkata insyaAllah insyaAllah...hati aku ssemakin yakin dan nekad.yang aku akan ke raudhah sendirian.
Lepas isyak, aku dapat lihat semua jemaah wanita berpusu pusu ke hadapan untuk berada dekat dengan pintu 2. Dan aku tegar di situ sehinggalah announcement dilakukan. Jemaah wanita diasingkanmengikut negara masing masing. Malaysia dan negara asia lain di arah untuk duduk di satu sudut di bahagian kiri. Sedih. Aku kini berpisah dengan mak arab tu dan berjalan ke arah yang dinyatakan. Kedudukan aku sekarang semakin jauh dengan pintu itu. Masa ni lah, aku terjumpa nini dan munira. Kebetulan,mereka juga tak mau pulang ke hotel dan ingin cuba masuk raudhah dengan usaha sendiri.
Sedang duduk menunggu, aku lihat pintu 2 dibuka. Semua jemaah wanita berlari ke pintu itu. Aku katakan pada munira, nak cuba ke sana? Sedangkan penjaga masjid tak sudah sudah suruh kami duduk dan menunggu giliran. Aku nekad. Kami bertiga nekad untuk turut serta ke raudhah. Kami bertiga berpegangan tangan. Erat. Sambil mulutku mengucapkan rabbi yassir wala tuasir, kaki ini laju digerakkan ke pintu itu. Semakin lama semakin dekat. Dan tanpa sedar kami telah melepasinya. Kaki melangkah laju. Mencari setiap sudut ruang yang ada. Menyelinap di sbalik semua ruang yang ada. Semakin lama aku dapat rasakankami telah menghampiri makam nabi. Mulut mula berselawat. ya rasulullah, kami datang menziarahimu. Ya rasululluah, aku datang menziarahimu. Menangis. Akhirnya, kaki menjejak kawasan raudhah. Assalamualaikum ya rasulullah, assalamualaikum ya nabi allah. Aku datang ya raasululullah. Aku datang. Hnya allah yang tau perasaan itu, hanya allah yang tau getaran itu.
Alhamdulillah, aku dapat bersolat 2 rakaat di raudhah, dan berdoa ringkas.ramai telah menunggu. Syukur, syukur alhamdulillah....puas, hati ini sangat puas. Walaupun perjalanan aku ke raudhah tidak semudah suamiku, Allah beri aku peluang dengan cara lain. Alhamdulillah
Ya rasulullah, sahabat sahabatku dar malaysia mengirim salam kepadamu. Terasa amanah yang dipikul berjaya digalas. Aku berjaya sampaikan salam dari linda dan najif. Alhamdulillah.
Sebaik selesai berdoa, jemaah wanita hilang kawalan. Aku dirempuh. Ada jemaah yang sedang solat dipijak. Ada yang tak dapat sujud gara gara rempuhan kasar itu. Sedih.kali ini aku menangis mengenangkan perbuatan perbuatan itu. Kesian rasulullah. Baginda tak minta umatnya taksub sebegini rupa.
Rempuhan itu membuatkan beg uncang aku berisi kasut, name tag dan pil pil tercampak entah ke mana. Puas aku mencari. Hampa. Takpela, hilang uncang tapi dapat masuk raudhah. Aku redha dan gembira walaupun pulang ke hotel dengan berkaki ayam!
No comments:
Post a Comment