Friday, May 20, 2011

Detik 28 mac 2011

MATA berkelip kelip, fikiran melayang layang memikirkan 9 hari mendatang. Perasaan kosong. Berdebar debar? Ada sikit. Takut? Ada sikit. Gembira? Pun ada sikit. Bercampur campur. Mata sukar untuk dilelapkan. Ya Allah, mudahkan perjalanan kami dan lindungi kami.

Bismikaallahummaahyawaamut...

430am. Terjaga secara tiba tiba. Hari ni pegi? Seakan akan tak percaya. Bingkas bangun. Bersihkan muka dan terus solat tahajud dan solat hajat. Tak putus2 doa dipanjatkan supaya Allah mengampuni dosa hambaNya ini. Ya, aku ke sana hanya untuk mendapatkan keampunanNya. 30 tahun aku jauh dariNya. Kadang kadang dekat, tapi kebanyakannya jauh. Manusia, mudah lupa. 

Sedih bila kenangkan perjalanan hidup selama 30 tahun ini. Secara luaran, nampak seperti takda apa apa. Semuanya tampak normal dan sihat sejahtera. Dikurniakan akal bijak pandai hingga mampu ke menara gading, dikurniakan suami yang sangat baik dan penyabar, dikurniakan anak anak yang comel dan sihat, dikurniakan mak ayah yang sentiasa di sisi. Ya, semuanya lengkap. Tapi masih ada ruang yang kosong dalam hati ini. Sunyi. Sepi. 

Kekosongan itu diisi dengan macam macam cara. Bersosial dengan kawan2, menyibukkan diri dengan pelbagai urusan. Tapi, masih sepi. Dan Dia? Tak pernah lupakan hambaNya ini. Walaupun hambaNya ini jarang mengingatiNya. Atau ingat bila susah aje. Rezeki tak putus putus dilimpahiNya. Tak pernah sedikit pun Dia tarik nikmat itu, malah ditambah dan diperluaskan. Aku? Makin jauh dan makin jauh...

Menangis. Entah untuk kali ke berapa. Lepas solat tahajud dan hajat, surah al-kahfi dibaca.moga Allah ampuni dosa dosa aku selama ini. Solat fardhu yang ditinggalkan dulu diqada' ikut kemampuan diri.

Kejut suami untuk sama sama bangun tahajud dan membesarkan keEsaanNya. Subuh berjemaah bersama. Doa yang dibaca suami cukup menyentuh jiwa. Ampun maaf dipinta kepada suami atas segala kesilapan diri ini. Diri ini yang tak pernah puas dengan nikmat dunia. Dan suami sering menjadi mangsa api kemarahan. Sungguh, aku sentiasa menzalimi diri sendiri. Iblis manakah yang sering menghasut aku untuk menderhaka kepada suami? Meninggikan suara kepada suami? Ampuni aku ya Allah, ampuni aku suami. Air mata mengalir lagi. Sungguh, aku tidak bersyukur dikurniakan suami sebaik ini. Malah dimaki dimarahi. Jodoh yang diberi Allah adalah tepat kerana Dia Maha Mengetahui. Tapi aku, manusia. Tak pernah puas dengan apa yang ada.

Lepas mengerjakan solat dhuha dan solat sunat musafir, hati ini menangis lagi. Moga Allah menerima kehadiran aku. Moga Allah menerima aku kembali. Ya Allah, aku kembali padamu. Ampuni aku ya Allah. Jangan dihukum aku ya Allah.

Labbaikaallahummalabbaik....ya Allah, aku datang menghadapmu...

No comments:

Post a Comment