SEJAK sampai ke tanah air 7 april lepas, hati aku kosong. Jiwa aku sunyi. Aku tak gembira. Hilai tawa sanak saudara di rumah tidak berjaya membuatkan bibir aku tersenyum. Mudah kata, hanya jasad aku je dalam rumah ni. Fikiran, jiwa dan perasaan aku masih di sana. Malam tadi, sebelum tidur, puas aku fikirkan, apa yang dirindui sebenarnya. Mekah? Madinah? Ok, tapi apa yang dirindui? Suasananya? Masjidnya? Orang orangnya? ketenangannya?
Menangis lagi.
Ya, Mekah gagah dengan kaabahnya. Madinah tenang seperti pemimpinnya, rasulullah s.a.wnya. Tapi apa sebenarnya yang buatkan jiwa aku di sana? Malu untuk katakan di sini bahawa aku rindukan tuan rumah itu. Tuan rumah yang telah melayan tetamunya ini dengan layanan yang sangat istimewa. Walaupun tetamunya ini dulu jarang sekali mengingatinya. MasyaAllah.Alhamdulillah, aku dikurniakan perasaan sebegini. Perasaan yang takkan difahami sesiapa. Baru aku mengerti dan faham makna 'bercinta dengan Allah'. Alhamdulillah, aku dapat merasainya. Tidurku ditemani zikrullah dan air mata kesyukuran. Sungguh, aku rindukanNya. Terima kasih ALlah atas layananMu yang sangat baik dan istimewa pada tetamuMu ini sepanjang 9 hari di sana. Betapa aku rasakan Dia sangat dekat denganku. Tiada rasa takut, tiada rasa gusar di sana kerana aku yakin adanya Dia untuk menjaga aku.
Hari ini Isnin. 2minggu lepas, di waktu ini, aku di KLIA. Masih segar di ingatan. 200 jemaah yang sabar menanti proses check in di KLIA. Hati sentiasa berdoa supaya Allah jadikan aku dan suami tetamu istimewa. Aku tau semua tetamunya minta dipilih menjadi istimewa tapi aku mahukan yang paling istimewa. Walaupun aku sedar, siapalah aku dan suami untuk menjadi istimewa. Tapi aku yakin, Allah sayang semua hamba hambaNya.
Ternyata, Dia tidak memungkiri janji. Siapa yang berdoa dan meminta kepadaNya, Dia akan pastikan doa hambaNya diperkenankan. Dia akan malu kalau tak memenuhi permintaan hamba yang meminta minta kepadaNya.
Benar. Dugaan pertama di Klia. Sebelum bergerak, kami perlu solat jamak takdim zohor dan asar terlebih dulu. Begitu ramai umat manusia dalam surau yang kecil dan sempit itu. Aku yakin, akan ada ruang untuk aku. Rabbi yassir wala tuassir. Alhamdulillah, dengan mudah tersedia tempat wuduk, tersedia satu ruang kosong untuk aku solat. Terima kasih Allah atas permulaan ini.
Dalam flight, sekali lagi Dia kotakan janji. Aku dan suami dapat tempat duduk istimewa. Dengan hanya 2 sit yang tak perlu kongsi dengan orang lain, luas, selesa. Ya Rabb, betapa aku rasa disayangi. Perjalanan di udara diisi dengan membaca ayat ayat Allah, zikrullah dan selawat ke atas Nabi. Sungguh, perasaan kini sangat teruja untuk melawat kampung pesuruh Allah, MADINAH AL MUNAWARRAH.
No comments:
Post a Comment