Mengantuk. Lepas mandi dan makan pagi, mata ini sangat mengantuk, dan badan agak lelah. Tapi pelik, aku diberi kekuatan dalaman hingga mampu mengusir mengantuk dan lelah itu. Iya, aku dan suami masih belum melelapkan mata lagi di mekah ini. Selepas umrah wajib, kami terus subuh dan kini kami bersiap pula untuk ke masjidilharam lagi. Bilik semewah 5bintang itu belum mampu untuk menarik perhatian. Jam ketika itu menunjukkan 830 pagi.
Suami katakan padaku, kita buat tawaf sunat. Ada peluang kita kucup hajar aswad. Sebelum melakukan tawaf sunat itu, kami solat dhuha dan solat hajat terlebih dahulu. Minta supaya hajat kami untuk melakukan tawaf dan mengucup batu dari syurga ini dipermudahkan.
Sewaktu melakukan pusingan kedua, satu suara memanggil suamiku. "pak, mau kucup hajar aswad? Kami bantu". Suamiku diam, walaupun tangannya mula ditarik oleh lelaki warga indonesia itu. Dalam masa singkat, tiba tiba aku dan suami dikelilingi oleh 4-5 lelaki indonesia, yang berusaha gigih untuk memberi laluan kepada kami mengucup hajar aswad. Astaghfirullah...di saat ini, pesan linda bermain di minda. "hati hati kat hajar aswad nanti. Situ ada sindiket. Dorang tolong akak cium hajar aswad, lepas tu dorang akan minta bayaran. 500 ryal". Ya allah, di depan multazam, aku berdoa "ya Allah, jauhi kami dari orang orang penipu. Jauhi kami dari orang orang penipu". Hanya ayat itu berulang ulang di dalam hati memohon perlindungan dariNya. Sambil itu, aku sempat memandang suamiku. Dan suami seakan memahami bahasa mata dan bahasa wajahku. Alhamdulillah, suami berundur. Cuba memasuki kumpulan tawaf. "pak, mari pak. Kami bantu. Susah mau cium hajar aswad pak". Suami membalas, "takpe, kami cuba sendiri".hati ini tidak putus putus memanjat kesyukuran. Terima kasih Allah atas perlindunganmu.
Tawaf diteruskan sehingga ke tujuh pusingan. Aku mula keliru kerana sewaktu tawaf kedua, kami berundur untuk mengucup hajar aswad. Jadi, kerana kekeliruan itu, aku katakan pada suami untuk tambah satu lagi pusingan sebelum kami solat sunat di belakang makam ibrahim. Ternyata, pengalaman di rukun hajar aswad itu benar benar membuatkan aku berfikir. Kenapa mereka sanggup melakukan itu? Di depan kaabah suci itu? Tidak takutkah mereka menipu jemaah? Persoalan demi persoalan bermain difikiran.
Aku sempat sms mak menceritakan kejadian itu. Ayah pesan, kalau Allah izinkan, walaupun sesak, ramai orang, akan ada ruang untuk kita kucup hajar aswad. Tapi bukan melalui bantuan 5 indonesia tadi. Alhamdulillah....takpela, ada rezeki nanti, adalah. Lagipun cium hajar aswad kan hanya sunat?
Jam 9 pagi aku dan suami mengambil keputusan untuk duduk di depan kaabah sehingga solat jumaat. Aku mencari tempat di kawasan wanita. Waktu itu, matahari mula memancarkan cahayanya. Aku dan suami nekad. Peluang yang ada kami gunakan dengan membaca al quran. Bila mengantuk, aku baring dan lelapkan mata. Tersedar, sambung baca quran semula. Begitulah, sehingga masuk waktu jumaat. Menariknya, aku didatangi oleh mak mak arab yang cukup baik. Mereka beri aku air zamzam, makanan dan sebagainya. Waktu itu matahari cuku terik. Tapi terik mentari itu tidak menghalang aku untuk tidur dan baca quran di situ. Jubinnya sejuk. Takda masalah bagi aku.
Di sini juga aku dapat perhatikan jemaah jemaah wanita yang solat sunat dan menangis mengharap keampunan yang Esa. Iya, aku memahami mereka. Pengalaman 5 jam d bawah terik matahari cukup memberikan kami nikmat pengalaman yang sungguh indah d mekah almukarramah. Bukan niat untuk membersihkan dosa dengan berjemur d bawah matahari itu, hasrat kami hanya untuk merasai bersolat di bawah terik mentari dan mendapatkan tempat terbaik iaitu d hadapan kaabah, di depan multazam dan di belakang makam ibrahim. Ya, aku maukan yang terbaik. Tidak terfikir aku untuk solat di perkarangan masjid atau d luar masjid. Aku maukan yang terbaik. Memang itulah doaku pada Dia. Walau dalam apa jua keadaan, aku pohon padaNya supaya berikan aku ruang dan tempa terbaik untuk aku bersolat.
Hari ini jugalah hari bersejarah bagi aku. Di usia 32, aku solat jumaat di mekah al mukarramah. Tak pernah aku solat jumaat di malaysia, tapi aku lakukannya di sini. Kenapa? Inilah peluangnya. Waktu ini aku sempa berkenalan dengan seorang jemaah wanita berusia 34 dari Sabah yang 3 kali ke mekah bersendirian dan tumpang mahram. Aku berdoa supaya aku juga dapat peluang yang sama.
Hasilnya, aku dan suami berubah warna kulit. Menjadi lebih legam dan lebam. Takpelah, aku puas!
Asar. Aku bercadang ntuk sola d kawasan atas majidilharam. Luas, lapang, tak perlu berebut teruk seperti di bawah. Tapi, tak nampak kaabah. Magrib dan isyakku juga di bahagian atas.
Aku mula merindui ruang solat di bawah...
No comments:
Post a Comment